HEBAT AHMAD NUH! BARU BERUSIA 6 TAHUN SUDAH BERJAYA KHATAM 30 JUZ AL QURAN

Sejuk mata memandang melihat anak-anak mengaji Al Quran dengan lancar seawal berusia bawah 6 tahun. Lebih menyeronokkan, jika anak-anak dilatih mengaji tanpa paksaan. Bukanlah sekadar untuk mereka menghafal sahaja, tetapi ianya juga untuk mendalami ilmu Al Quran seawal berusia 3 tahun.

Sudah pastinya sebagai ibu bapa kita mengharapkan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukanlah sahaja dapat membantu sewaktu di dunia bahkan dapat membantu kita di akhirat.

Justeru itu, tanggungjawab ini tidaklah mudah yang kita sangka. Ianya perlu, dimulakan dari awal. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat memerlukan ilmu yang cukup baik untuk mengajar anak.

Tahniah buat Encik Ahmad Syahmi dan Puan Siti Ainsyah Zakaria atas kejayaan anakanda tercinta. Ucapan syukur dan syabas diberikan atas usaha ibu bapa ini yang berjaya mendidik anak mencintai Al Quran. Ibu bapa anak satu ini, menggunakan pendekatan cara mudah belajar mengaji menerusi APC Wakaf Che Yeh.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: