BERSAMA NEURO NADI SINGAPURA MENDEPANI CABARAN PENDIDIKAN AL QURAN PASCA PANDEMIK

Tarikh: 12 Februari 2022
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Baru-baru ini berlangsungnya satu perjumpaan secara atas talian bersama-sama dengan keluarga Al Baghdadi di Singapura iaitu Neuro Nadi Singapore. Pertemuan yang berlangsung selama 2 jam ini amat fokus berdiskusi beberapa perkara seperti cabaran, halangan, Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) dan pelbagai lagi hal-hal berbangkit yang lain.

Para pengusaha Nadi Quranic Learning Centre turut terlibat bersama menceritakan kisah mereka sepanjang musim “lockdown” yang dibuat oleh kerajaan Singapura.

Antara cabaran pendidikan Al Quran masa kini yang dihadapi oleh para pengusaha Nadi Quranic ialah kelas secara atas talian. Hal ini kerana rata-rata pelajar yang mengambil kelas secara atas talian sudah tidak lagi berminat untuk menghadiri kelas secara fizikal. Ada yang sudah selesa bergerak secara atas talian, bahkan ada juga yang masih trauma dengan impak COVID-19 yang menimpa semua negara.

Namun begitu, cabaran yang paling besar yang sedang dihadapi ialah kesukaran mencari tenaga pengajar Al Quran. Calon-calon yang memohon jawatan sebagai guru Al Quran tidak ramai dan hal ini akan mengganggu jadual kelas pengajian Al Quran harian mereka. Perakra ini menyebabkan guru sedia ada terpaksa mengambil banyak kelas dalam masa sehari.

Kemudian, Pengasas Teknik Al Baghdadi, Ustaz Qr. Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin pula memberikan perkongsian bagaimana Al Baghdadi menghadapi cabaran ketika musim “lockdown” yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Ustaz turut menyentuh akan beberapa perkara penting yang sedang dibangunkan oleh Al Baghdadi.

Kelas Mengaji Online zammiluuni.com

Zammiluuni.com merupakan hub pembelajaran Al Quran online bersepadu yang berfungsi memudahkan masyarakat belajar Al Quran secara dalam talian dengan kebebasan memilih centre dan guru Al Quran. zammiluuni.com dapat membantu memudahkan ibu bapa mendapatkan guru Al Quran yang tepat buat seisi keluarga.

Kami ada menulis sebuah artikel di sini untuk menceritakan dengan lebih terperinci apakah itu zammiluuni.com.

Muqoddam Al Baghdadi

Rata-rata daripada rakyat Malaysia sudah terbiasa mendengar perkataan muqoddam dan juga buku iqrak. Namun begitu, sekiranya ditanyakan kepada guru-guru yang menjadikan muqoddam dan iqrak ni sebagai bahan rujukan mengajar, tidak ramai yang dapat memberikan satu jawapan yang tuntas tentang cara-cara menggunakan bahan ini untuk mengajar di dalam kelas.

Untuk butiran yang lebih lanjut, maka anda boleh rujuk di pautan ini mengenai Muqoddam Al Baghdadi ini.

Pengakhiran daripada perjumpaan ini dapat dirumuskan akan beberapa perkara. Masing-masing bersetuju untuk mengukuhkan jenama dan juga strategi pemasaran yang digunakan. Tambahan pula, sebagai sebuah badan yang memperjuangkan Al Quran sebagai tunjang utama pergerakan sayugianya nilai yang ada pada kalam Allah ini perlu sentiasa ditonjolkan dan juga ditinggikan.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: