Al Baghdadi Terima Anugerah Lagi

Ini merupakan tarikh yang sangat bersejarah bagi sebuah perjuangan pendidikan Al Quran. 1 Zulhijjah 1441 hijrah tercatat dalam sejarah Al Baghdadi apabila seklai lagi dianugerahkan dengan 2 pingat sekaligus oleh pihak Niagatimes. Niagatimes diterbitkan oleh PR Partners Asia Sdn. Bhd. pada 2013 sebagai portal dwibahasa PKS nombor satu di Malaysia. Ini ialah anugerah ke 16 dan 17 yang diterima oleh Ust Qr Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin sebagai Pengasas Teknik Al Baghdadi melalui syarikat miliknya Al Baghdadi Group Sdn. Bhd.

Anugerah yang diterimanya ialah Anugerah Ikon Usahawan Tahunan 2020 (Pendidikan Al Quran) & Anugerah Kepimpinan Industri 2020 (Pendidikan Al Quran). Yang lebih istimewa pula ialah Ust Qr Hj Jalaluddin di beri peluang seketika untuk berkongsi inspirasi kepada usahawan-usahawan yang hadir di majlis tersebut.

Kumpulan Al Baghdadi hadir bersama 15 orang peserta yang terdiri dari ketua pegawai dan usahawan Al Baghdadi yang telah berjaya didalam bidang pendidikan Al Quran. Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada semua usahawan Al Baghdadi dan juga bakal usahawan yang akan bersama Al Baghdadi di masa hadapan.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: