Al Baghdadi Puchong Utama Menganjurkan Majlis Khatam Al Quran Baru-Baru Ini

PUCHONG UTAMA: Kira-kira 10 orang menghadiri majlis Khatam Al Quran yang bertempat di kelas mengaji Al Baghadadi Puchong Utama di sini, petang semalam.      

Untuk melancarkan majlis Khatam Al Quran dengan lebih sempurna mereka di ketuai oleh seorang guru. Kemudian, dimulakan dengan bacaan Al Fatihah. Seterusnya, barulah majlis Khatam Al Quran dimulakan dengan bacaan surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas.

Majlis Khatam Al Quran adalah lebih baik dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Ia juga, boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan mengikut kesesuaian masa dan tempat.

Untuk majlis Khatam Al Quran yang berkumpulan, bacaan surah akan dilakukan secara bergilir-gilir oleh peserta yang hadir.

Majlis ini bertujuan untuk meraih keberkatan dan syafaat Al Quran dengan membanyakkan pembacaan Al Quran. Selain itu, majlis ini dibuat bagi memastikan umat islam di kalangan kita celik Al Quran dan berupaya mendalami isi kandungan kitab suci ini untuk kehidupan seharian.

Majlis juga diakhiri dengan sedikit tazkirah serta bacaan doa. Bagi memeriahkan lagi suasana Majlis Khatam Al Quran Puchong Utama, diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati dan mengadakan jamuan kecil.

Tidak mahu ketinggalan, Al Baghdadi Puchong Utama ingin mengajak orang ramai memanfaatkan kehidupan seharian kita untuk bersama-sama mengalunkan bacaan suci Al Quran menerusi majlis khas iaitu Khatam Al Quran Al Baghdadi Puchong Utama.

Semoga kelas Al Quran Al Baghdadi semakin maju dan subur.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: