Al Baghdadi Menerima Malaysia Prestigious Industry Awards 2020 Bagi Kategori Prestigious Award Education and Training Industry

Alhamdulillah Al Baghdadi sekian kalinya menerima anugerah yang mengiktiraf jenama Al Baghdadi. Anugerah pada malam ini disampaikan oleh Timbalan Menteri MEDEC kali kedua bertemu Al Baghdadi dalam majlis Anugerah. Doakan Al Baghdadi terus utuh dan kukuh memperjuangkan Pendidikan Al Quran. Pelbagai ‘kejutan’ akan dihidangkan Al Baghdadi mendepani pasca Covid-19 dalam usaha kekal sebagai Peneraju Inovasi Pendidikan Al Quran. Kini Al Baghdadi giat mempelopori pembangunan Baby Tahfiz Institute (BTI) bersama Angkasawan Negara dan menyediakan Baby Tahfiz Apps.

Al Baghdadi juga kini menyediakan Sijil Asas Guru Talaqqi dalam membentuk karaktor Guru Al Baghdadi serta memandu bacaan tartil berasaskan pendekatan Murattal Hijazi Iraqi Al Baghdadi. Dalam suku kedua Al Baghdadi bakal melancarkan satu program komprehensif khas membantu Centre yang terjejas dalam inisiatif pemulihan ekonomi Centre Al Baghdadi. Usaha berterusan ini tidak lain hanya untuk memastikan kita bersama kekal di landasan perjuangan Al Baghdadi.Kita akan pastikan pencapaian Al Baghdadi bukan hanya untuk hayat kita tetap terus ke generasi seterusnya.

Pastikan Al Baghdadi, baru daftar ngaji.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Haji Qr Jalal Al Baghdadi
Pengasas Al Baghdadi

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: