AL BAGHDADI MENERIMA ANUGERAH PENYUMBANG ZAKAT TERBESAR KEPADA YAYASAN AL BAGHDADI

26 Mac – Pada pukul 8 malam telah berlansung Majlis Penghargaan bagi Dermawan Al Baghdadi di Movenpick Hotel & Convention Centre. Antara jemputan yang hadir sperti VVIP, Dermawan iaitu penyumbang- penyumbang pada Yayasan Al- Baghdadi, wakil-wakil dari Hikmah Centre di bawah Yayasan Al- Baghdadi, staf-staf Al Baghdadi serta artis jemputan iaitu kumpulan Saujana.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran dermawan diikuti dengan ketibaan VVIP kemudian bacaan Asmaul Husna dan Bacaan doa oleh Encik Ismet Fitri bagi memberkati majlis. Setelah itu, Majlis diteruskan lagi dengan kata aluan oleh Ustaz Md Hakim B Taman dan perasmian Majlis Penghargaan Dermawan YAB oleh Ustaz Qr. Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin. Di samping itu, tidak lupa juga ucapan daripada pengarah YAB serta pelancaran Kupon Infaq Ramadhan & Waqaf Al-Quran. Di akhir majlis, Pengarah YAB turut membentangkan perkongsian berkaitan aktiviti-aktiviti YAB sepanjang tahun 2016 sehingga 2019 diikuti dengan persembahan nasyid bagi memeriahkan majlis.

Akhir sekali, penyampaian anugerah dan sesi bergambar di mana Al Baghdadi telah menerima anugerah penyumbang zakat terbesar kepada Yayasan Al Baghdadi, tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis.

.

.

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: