Al Baghdadi Buka Peluang Pekerjaan Guru Al Quran

Al Baghdadi sedang berusaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada para guru Al Quran mahupun yang baru ingin menceburkan diri sebagai Guru Al Quran. Ini berikutan kekurangan guru Al Quran yang dihadapi oleh Rangkaian Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi (Al Baghdadi Learning Centre) di seluruh Malaysia.

Justeru itu langkah drastik yang dilakukan ialah dengan menganjurkan Kursus Sijil teknik & Hafazan Al Baghdadi yang bakal diadakan dibeberapa lokasi diseluruh Malaysia bermula hujung bulan ini di Johor Bharu.

Bagi meringankan beban yuran penyertaan, pihak Al Baghdadi melalui Akademi Al Baghdadi sebagai penganjur telah menyediakan potongan diskaun sehingga 70% bagi menyertai program selama satu hari setengah ini.

Apa yang menariknya program ini ialah disampaikan sendiri oleh Pengasas Teknik Al Baghdadi iaitu Ustaz Qr Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin . Apatahlagi dengan penerapan baru Piramid Pembelajaran Al Quran yang disusun khas bagi meningkatkan mutu pembelajaran Al Quran di semua Rangkaian Pembelajaran Al Baghdadi di Malaysia nanti.

Di dalam kursus ini nanti, setiap peserta akan dibimbing cara mengendalikan kelas mengaji Al Quran dengan Teknik Al Baghdadi, Muqaddam dan Asas Hafazan Neurofisiologi yang ternyata sangat unik, menarik dan berkesan. Info lanjut serta cara menyertai kursus ini boleh KLIK DI SINI atau KLIK GAMBAR DI BAWAH….

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: