2nd Convocation & Grand Ihtifal Ceremony 2021 Playtime Centre Ketereh dan Kok Lanas

Tarikh: 5 Mac 2022
Masa: 9 pagi
Tempat: Tadika Al Quran & Pra Tahfiz Al Baghdadi Playtime Centre Ketereh/Kok Lanas

Majlis Konvokesyen & Intifal kali ke-2 kepada pelajar-pelajar APC Ketereh & Kok Lanas yang dijalankan pada 5 Mac 2022. Majlis ini telah dihadiri 20 orang kanak-kanak yang berusia 4 tahun hingga 6 tahun. Program ini dianjurkan dapat di jadikan inspirasi dan semangat untuk anak-anak.

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan kanak-kanak di APC Ketereh & Kok Lanas yang telah berjaya menamatkan sesi persekolahan mereka. Bagi memeriahkan lagi suasana majlis ini, APC Ketereh & Kok Lanas mengadakan aktiviti yang menarik antaranya persembahan, cabutan bertuah dan jamuan.         

 

Setinggi-tinggi Tahniah & Syabas Majlis konvokesyen & intifal kali ke-2 kepada pelajar2 APC ketereh & Kok Lanas. Majlis ini bertemakan Taman, diserikan lagi dengan kehadiran ibu bapa tercinta yang memberi sokongan kepada anak-anak.

APC Ketereh & Kok lanas mengucapkan tahniah di atas penganugerahan ini. Semoga ilmu yang dipelajari mendapat manfaat buat anak-anak didik APC sekaligus memacu kecemerlangan ummah di dunia dan akhirat.

Semoga usaha sebegini mampu menghasilkan lebih ramai bakal Huffaz Profesional dalam negara yang mampu melakukan integrasi ilmu akademik dan Al Quran.

Inilah sebaik-baiknya produk ummah yang bakal menjadi permata buat negara. Rasulullah SAW bersabda: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar Al Quran dan mengajarkannya” (Riwayat Bukhari)

Leave a Comment

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami

%d bloggers like this: