https://www.albaghdadigroup.com/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/54/tangkak_1630381442.jpeg
  • APC
  • Al Baghdadi Playtime Centre Tangkak

Al Baghdadi Playtime Centre Tangkak Claimed

KE ARAH MEMBENTUK GENERASI CELIK AL-QURAN
Al Baghdadi Playtime Centre Tangkak https://www.albaghdadigroup.com/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/54/tangkak_1630381442.jpeg No 8 & 8A, Tingkat 1 Jalan Besar, Tangkak, 84900, Johor +60197500585 0.0 05 1

Map Location

Close map(X)

Description

Kami merupakan Tadika Al-Quran yang menjadi pilihan Ibu Bapa Muslim di Tangkak dan sekitarnya. Tadika ini mengutamakan pendidikan Al-Quran disamping pembelajaran asas akademik yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Kementerian Pelajaran Malaysia.

480px logo APC 2020

Apa itu Al Baghdadi Playtime Centre?

Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al-Quran dalam sesi pembelajaran yang dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi). APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

teras belajar

Latar Belakang Pra Sekolah APC 

Pendidikan prasekola Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAL dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013. 

anugerah

 

Kata-Kata Aluan Pengusaha APC Tangkak

 Photo PengusahaAssalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat ingin tahu dan ingin bermain. Saya Hanafi Bin A. Manap sangat bersyukur kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di APC Tangkak adalah sebuah Tadika Al-Quran yang beroperasi di No 8 & 8A, Tingkat 1, Jalan Besar, Tangkak, Johor. Kami mempunyai 4 orang Guru yang terlatih dan berpengalaman bagi membentuk anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami terapkan di Tadika ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada Tadika kami sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati setelah menghantar anak mereka di Tadika ini.

 

 Apa yang anak akan rasai di APC?

 1. Anak APC Akan Seronok Belajar

APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.

2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi

Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.

3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS

Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.

4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap

Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah. 

4 teras

Apa yang anak akan belajar di APC?

7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi. 

1. Pandai Baca & Hafal Al Quran

Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.

2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab

Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.

3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!

Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif  mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.

4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.

Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.

CONTOH BUKU-BUKU DIGITAL 

 

bukuapc

 

Klik Untuk Buku Digital 4 Tahun

Klik Untuk Buku Digital 5 Tahun

Klik Untuk Buku Digital 6 Tahun

KUIZ E-APC

 

KATUNAPCPendaftaran 2023

 

 

Klik Sini

-

KEISTIMEWAAN APC

alatketukbest

 

LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN APC 

  1. Menepati Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan
  2. 50% waktu untuk pembelajaran Al Quran dan Hafazan
  3. Aktiviti Ko-Kurikulum seperti sukan, lawatan dan lain-lain
  4. Guru berpengalaman, bertauliah, ramah dan mesra
  5. Lokasi premis yang kondusif dan selesa, jauh dari bunyi bising
  6. Dilengkapi CCTV untuk pemantauan
  7. Sistem Qr Junior untuk menggalakkan kanak-kanak melakukan kebaikan
  8. Sistem Maklumat Pelajar bagi kemudahan akses parent mengenai status yuran dan prestasi anak
  9. Terdapat ruang Indoor Game bagi kanak-kanak bermain
  10. Makanan dan berkhasiat dan bergizi untuk pertumbuhan anak 
  11. Kelas berhawa dingin
  12. Berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor
  13. Menjadi Ahli Persatuan Tadika Islam Malaysia
  14. Sokongan Buku Elektronik Flipbook
  15. Sokongan E-Quiz untuk membangunkan kecerdasan minda

 

Klik

 

Type
Al Baghdadi Centre
Categories
APC
Establishment year: 2018
Employees: 6

Videos

Price List

APC Fullday
APC Fullday

Ahad - Khamis / 8.00am - 5.00pm

MYR 480.00
APC Halfday
APC Halfday

Ahad - Khamis / 8.00am - 12.00pm

MYR 430.00
APC Pakej Anak Guru
APC Pakej Anak Guru

Ahad - Khamis / 7.00am - 3.00pm

MYR 380.00
Transit 4, 5 dan 6 Tahun
Transit 4, 5 dan 6 Tahun

Ahad - Khamis / 12.00pm - 5.00pm

MYR 300.00
Transit Sebelum ke Sekolah Agama
Transit Sebelum ke Sekolah Agama

Ahad - Khamis / 1.00pm - 2.30pm

MYR 180.00

BUSINESS REVIEWS

1 Review

0.0 average based on 1 Reviews


5 Star
0
4 Star
0
3 Star
0
2 Star
0
1 Star
0
  • flex http://mail.ru

    ,

    flex http://mail.ru

Write a review


*Please Note: In order to verify the legitimacy of any reviews we publish, we require evidence of your contract with this business. Any proof of purchase documents you upload will be for the purposes of verifying this review, and will not be published on our website

Add Files..

I confirm that the information submitted here is true and accurate. I confirm that I do not work for, am not in competition with and am not related to this service provider.
By continuing, I agree with the Terms & Conditions.

No 8 & 8A, Tingkat 1 Jalan Besar, Tangkak, 84900, Johor
Opening hours
GMT +08:00
Monday
08:00 AM - 05:00 PM
Tuesday
08:00 AM - 05:00 PM
Wednesday
08:00 AM - 05:00 PM
Thursday
08:00 AM - 05:00 PM
Friday
Closed
Saturday
Closed
Sunday
08:00 AM - 05:00 PM
Tadika beroperasi semasa Cuti Persekolahan. Ibu bapa boleh menghantar anak untuk Day Care.

Contact Persons

Pengusaha
HANAFI BIN A.MANAP

Product certifications


Memberships

zammiluuni

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd