https://www.albaghdadigroup.com/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/106/cropped-1560388068.png
  • APC
  • APC Bandar Setia Alam

APC Bandar Setia Alam Claimed

KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI GENIUS AL-QURAN JUGA BERAKHLAK MULIA. Al-Quran sebagai Panduan Hidup umat Islam,sentiasa berdamping dengannya. Kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat menanti kelak.

Map Location

Close map(X)

Description

Apakah itu Al baghdadi Playtime Centre ?

1280pxAPCAl Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al-Quran dalam sesi pembelajaran APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al Baghdadi iaitu Teknik Al Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras Bahasa, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

teras belajar

 

Latar Belakang Pra Sekolah APC

Pendidikan Prasekolah Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.

anugerah

 

Kata-kata Aluan Pengerusi APC Setia Alam

En_Ismail.jpeg

ASSALAMUALAIKUM WBT
 
Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin 
bermain. Saya Ismail Bin Ab Samad tersangatlah gembira sekali kerana anda telah memilih untuk 
singgah di laman web kami ini. Kami di APC Bandar Setia Alam adalah salah sebuah Tadika Al-Quran Albaghdadi
Playtime Centre yang telah  operasi  di NO 119-1, 119-2, Jalan Setia Gemilang U13/BG, Setia Alam, 40170
Shah Alam, Selangor. Kami mempunyai 4 orang guru terlatih bagi membentuk anak anak anda menjadi seorang
anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al Quran yang kami tekankan di dalam tadika kami ini.
Alhamdullilah maklum balas yang diberi kepada Tadika kami in sangat positif dan ramai ibubapa berpuas hati
menghantar anak mereka di tadika kami.
 
Yang Benar
 
ISMAIL BIN AB SAMAD

PENGERUSI APC BANDAR SETIA ALAM

 

Apa yang anak akan rasai di APC ?

 

1. Anak APC Akan Seronok Belajar

APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.

2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi

Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.

3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS

Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri-ciri genius anak.

4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap

Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al-Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.

 

4 teras

Apa yang anak akan belajar di APC?

7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al-Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi. 

1. Pandai Baca & Hafal Al-Quran

Fokus kepada pembelajaran asas Al-Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.

2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab

Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.

3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!

Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al-Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif  mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.

4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.

Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.

 

CONTOH-CONTOH BUKU DIGITAL

bukuapc

Klik untuk Buku Digital 4 Tahun
 
Pendaftaran_2022.jpg
 
KATUNAPC
daftar online 1 1024x423
 

Videos

Price List

MYR 0.00

Team

Team
NUR ANNIESA ANIS BINTI ISMAIL
PEMBANTU GURU BESAR
Menyelia dan membantu tadbir dalam pengurusan sekolah. Mendidik dan mengajar anak-anak murid. Membimbing guru dan merencana hal ehwal sekolah.
NOR FARAHANA BINTI JAFFAR
GURU PENOLONG KANAN
Membantu menyelia dalam hal pentadbiran sekolah. Pengurusan didalam bahagian pemasaran dan merencana hal ehwal sekolah. Mendidik dan mengajar anak murid.
FARAH QURRATUAINI BINTI KAMARUZZAMAN
GURU
Mendidik dan mengajar murid.
Nur Ameliahuda Binti Halid
GURU
Mendidik dan mengajar murid.

BUSINESS REVIEWS

0 Review

0.0 average based on 0 Reviews


5 Star
0
4 Star
0
3 Star
0
2 Star
0
1 Star
0

There are no reviews at the moment

Write a review


*Please Note: In order to verify the legitimacy of any reviews we publish, we require evidence of your contract with this business. Any proof of purchase documents you upload will be for the purposes of verifying this review, and will not be published on our website

Add Files..

I confirm that the information submitted here is true and accurate. I confirm that I do not work for, am not in competition with and am not related to this service provider.
By continuing, I agree with the Terms & Conditions.

119-1 & 119-2 Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Seksyen U13, Bandar Setia Alam 40170 Shah Alam, Selangor, 40170, Selangor
Opening hours
GMT +08:00
Monday
07:30 AM - 01:00 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Tuesday
07:30 AM - 01:00 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Wednesday
07:30 AM - 01:00 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Thursday
07:30 AM - 01:00 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Friday
07:30 AM - 01:00 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Saturday
Closed
Sunday
Closed

Product certifications


Memberships

zammiluuni

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd