الحمد لله رب العلمين وصلاة وسلم رسول لله
Segala pujian bagi Allah dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selamat Datang ke laman sesawang mudahnyangaji.com ! Al-Quran merupakan rahmat bagi sekelian alam. Di dalamnya terdapat segala panduan, cerita pengajaran, hukum hakam dan merupakan ibu segala ilmu. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan bagi setiap yang bernama muslim mempelajarinya dari sudut membaca, memahami dan mengamalkannya. Di Kelas Bimbingan Al-Quran kami menawarkan peluang mempelajari al-Quran bagi semua peringkat umur. Bagi yang berumur 8 hingga 13 tahun, kami menawarkan Kelas Hafiz Junior. Program ini bertujuan mendidik anak remaja terhadap pemahaman al-quran dan isi-isinya disamping menghafal juz 30 secara menyeluruh. Bagi remaja berumur 13 tahun keatas kami menawarkan Kelab Pintar Al-Quran (talaqqi dan asas) pada sebelah malam. Tidak ketinggalan juga untuk DEWASA iaitu Kelas Masteri Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Untuk mengetahui lebih lanjut, mohon navigasi ke arah pilihan program di navigasi atas! terima kasih.