Latar Belakang Syarikat Adalah Bermula Pada 13 April 2016 Dengan Penubuhan Syarikat Enterprise Yang Berdaftar Dengan Kerjasama Al Baghdadi Group Yang Memiliki Teknik Pengajaran Tersendiri Dan Unik. Syarikat Enterprise Yang Dinamakan Athoillah Al Baghdadi Center Ini Menjalankan Tiga Program Teras Yang Ditawarkan Al Baghdadi Group, Iaitu Al Baghdadi Learning Center (ALC), NADI Al Baghdadi Center (NADI) Dan Al Baghdadi Quranic Language Center (AQLC).
Athoillah Al Baghdadi Center Enterprise Pada 2 Julai 2018 Kemudiannya Didaftarkan Kepada Syarikat Imtiyaz Athoillah Sendirian Berhad Untuk Terus Berdaya Saing.
Syarikat Imtiyaz Athoillah Sdn Bhd Mula Mengorak Langkah Meluaskan Skop Program Agar Masyarakat Sekitar Lebih Mendapat Manfaat Dalam Pengajian Al Quran Melalui Perspektif Yang Lain. Antara Program Yang Dijalankan Oleh Syarikat Adalah Program Lughatul Quran, Kem Motivasi Quran Score Dan Kem Misi Celik Quran.
Dengan Prinsip “Terus Melangkah Dalam Pendidikan Al Quran”, Kami Percaya Mampu Melangkah Lebih Jauh Untuk Menyumbang Dalam Pendidikan Al Quran Serta Menjadi Usahawan Pengajian Al Quran Yang Lebih Berwibawa Pada Masa Akan Datang.