Al Baghdadi Learning Centre

Al Baghdadi Learning Centre (ALC) ialah Pusat Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi
khusus untuk pelajar berusia 7 hingga 70 tahun.

Pengenalan

al baghdadi learning centre puchong utama 5

Al Baghdadi Learning Centre

Al Baghdadi Learning Centre (ALC) ialah Pusat Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi khusus untuk pelajar berusia 7 hingga 70 tahun. ALC juga merupakan pusat pembelajaran Al Quran setempat Al Baghdadi yang menawarkan pembelajaran Al Quran dari tahap asas pengenalan bunyi-bunyi huruf Al Quran, tajwid, sehingga ke peringkat Talaqqi.

Sejarah Al Baghdadi Learning Centre

ALC ditubuhkan pada tahun 2011 dan merupakan program pembelajaran Al Quran pertama yang diperkenalkan oleh Kumpulan Al Baghdadi. Program pembelajaran yang menyeluruh dan sistematik untuk semua peringkat umur ini menggunakan dua modul utama iaitu modul Tamhid Al Baghdadi iaitu pendedahan kepada 336 bunyi asas Al Quran dan modul Tajwid Al Baghdadi yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al Quran.

al baghdadi learning centre bukit antarabangsa 3
al baghdadi learning centre taman permata

Tahap Pengajian di Al Baghdadi Learning Centre

Pusat pengajian ini juga menawarkan tahap pembelajaran Al Quran yang lebih tinggi iaitu Talaqqi Am dan Talaqqi Khas Al Baghdadi. Kelas Talaqqi Am iaitu program lanjutan daripada kelas tamhid dan tajwid Al Baghdadi dengan praktikal bacaan mengikut guru sehingga khatam Al Quran, manakala kelas Talaqqi Khas pula ialah praktikal pembacaan 30 juzuk Al Quran di hadapan guru yang mempunyai sanad secara individu.
Tambahan pula, Al Baghdadi turut menawarkan pengajian Al Quran secara bersanad bersama para syeikh yang memiliki sanad bacaan Al Quran tertinggi di dunia. Mereka dilantik oleh Al Baghdadi untuk meneliti, mendengar, menyemak dan mengesahkan bacaan pelajar sebelum mengijazahkan sanad bacaan Al Quran kepada mereka.

The Malaysia Book of Records

Program ini telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi kategori The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia pada Februari 2013 dan telah terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara melalui Teknik Al Baghdadi.

Berminat memiliki kelas Al Quran Al Baghdadi?

TEKAN BUTANG DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Ayuh Jana Pendapatan Bersama Kami