TASKA ACC AL BAGHDADI Bukan sekadar perkhidmatan asuhan & jagaan.
Program pendidikan asuhan bayi dan kanak2 berusia bawah 4 tahun atau 1000 hari pertama yang berteraskan Al Quran yang PERTAMA DI MALAYSIA
Falsafah ApeP1000
" Bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan jiwa yang suci dan bersih, ibu bapa dan pendidik wajar menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak sejak dari awal usianya kerana belajar melalui KEBIASAAN akhirnya akan menjadi satu amalan dalam kehidupannya"
Taska Al Quran Al Baghdadi merupakan Pusat Jagaan dan Asuhan yang akan melaksanakan Modul APeP1000 menggunakan pendekatan bahawa belajar adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkan dengan memberi penekanan kepada PRIMA SITUASI PEMBELAJARAN yang memberi peluang kepada anak mendapat ASAS Al Quran yang secukupnya. Fokus utama Taska Al Quran Al Baghdadi ialah berkonsepkan pembangunan SAFA yang merujuk kepada aspek Sosio Emosi, Al Quran, Fizikal dan Akidah.
Taska Al Quran Al Baghdadi berteraskan 7 Tunjang utama pembelajaran dengan mengikut tahap perkembangan kognitif, emosi dan fizikal anak mengikut umur anak 0 hingga 12 bulan; 1 hingga 2 tahun; 2 hingga 3 tahun dan 3 hingga 4 tahun. Semoga anak yang diasuh di Taska Al Quran Al Baghdadi mempunyai emosi yang sentiasa ceria dan positif, menjadikan Al Quran sebagai bahasa harian, memiliki fizikal yang kuat dan asas akidah yang baik serta akal yang genius
Amanah & Tanggungjawab
Sabda Rasulullah
كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ
“Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”
Kata-Kata Aluan Pengusaha/Guru Besar Pra-Sekolah
Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Puan Farah Sazrina Binti Daud tersangatlah gembira sekali kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di Taska ACC Pulai Mutiara adalah salah sebuah Taska Al-Quran yang telah beroperasi di No. 2, Jalan Pulai Mutiara 1/6, Taman Pulai Mutiara, 81300 Johor Bahru, Johor. Kami mempunyai 5 orang Staff dan guru-guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan 7 tunjang Al-Quran yang kami tekankan didalam taska ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada TASKA kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di TASKA kami.
90% Kurikulum AL Quran
KURIKULUM TASKA AL BAGHDADI
![]() |
PENDEKATAN belajar yang gembira dan seronok bagi anak kecil. |
![]() |
Penekanan kepada SITUASI PRIMA |
![]() |
Pembelajaran yang memberi peluang kepada anak mendapat bahasa AL QURAN dan pembentukan AKIDAH yang jelas. |
![]() |
Modul PEMBELAJARAN Al Quran berdasarkan kepada TAHAP perkembangan positif,emosi dan fizikal anak mengikut tahap usia (0-12 bulan), (1-2 tahun), (2-3 tahun) dan (3 -4 tahun) |
7 Prinsip Taska Al Quran Al Baghdadi
Pertama
Setiap anak yang lahir telah memiliki POTENSI tersedia untuk cemerlang dunia dan akhirat
Kedua
Bermula 4 bulan dalam rahim ibu hingga 3 tahun pertama adalah TEMPOH PRIMA pembelajaran yang paling kritikal untuk pembinaan asas intelek, sahsiah dan kecintaan Al Quran
Ketiga
BAHASA ialah suatu yang asing kepada setiap anak semasa dilahirkan sepertimana Al Quran. Oleh itu, Al Quran boleh menjadi sebahagian bahasa anak sekiranya Al Quran didengarkan dan diajar pada usia yang sangat awal.
Keempat
Pembangunan setiap anak boleh direalisasikan sekiranya IBU BAPA dan PRAKTISIONER berusaha memberikan stimulasi dan program pengasasan awal sejak anak dalam kandungan secara berterusan dengan keutamaan diberikan kepada usia anak 3 tahun pertama
Kelima
Ibu bapa dan PRAKTISIONER perlu memiliki pengetahuan dan KEMAHIRAN bagi menyempurnakan fungsi dan tanggungjawab sebagai pendidik utama dan pertama
Keenam
Anak disediakan dan didedahkan dengan persekitaran dan SITUASI pembelajaran yang kondusif, ceria, kemas, bersih dan selamat
Ketujuh
Apabila konsep SAFA dan pendidikan awal Al Quran diamalkan oleh sebahagian besar keluarga-keluarga sehingga ia menjadi KEBIASAAN maka akan lahirlah generasi genius Al Quran
KONSEP SAFA
7 TUNJANG
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Klik | Klik | Klik | Klik |
There are no reviews at the moment
Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.
Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com