Jualan Harga Gudang atau diberi nama Flash Sale merupakan julung-julung kali diadakan oleh Al Baghdadi. Ini merupakan sempena ulangtahun ke 9 Teknik Al Baghdadi diperkenalkan sejak tahun 2009. Seawal 8.00 pagi, gudang simpanan buku-buku dan produk Al Baghdadi di Prima Gombak telah diserbu oleh orang ramai terutamanya dari rangkaian pengusaha centre Al Baghdadi.

gudang1

Sedang memilih produk untuk diborong

 

gudang2

Gudang Al Baghdadi diserbu semalam dalam Flash Sale pertama

 

gudang3

SPAN Negeri Sembilan , Ust Mohd Nazri Esa antara yang terawal memborong

 

gudang4

SPAN Selangor Ust Fakhrul Anuar  tidak ketinggalan memborong  , sempat juga berfoto bersama Ustaz Jalaluddin

gudang5

Memborong disaat akhir memang berbaloi

Buat pertama kalinya Al Baghdadi mengadakan jualan gudang bagi produk terpilih Al Baghdadi yang akan diadakan pada 30 Disember 2017 (Sabtu). Meskipun begitu ianya tertakluk kepada terma dan syarat seperti terma pembayaran hanya menggunakan Debit Card/Transfer Account ke nombor akaun Al Baghdadi Method Sdn. Bhd. bernombor 5624 0507 1483 - Maybank

Ust Syaari Abd Rahman yang terkenal melalui slot 'IBRAH' di  Radio IKIM, telah berkongsi ilmu melalui tausiah yang disampaikannya kepada 30 orang peserta Bengkel Perancangan Al Baghdadi 2018 di Cherangin Resort, Janda Baik Bentong Pahang . Tausiah yang bertajuk 8 pesanan buat pembimbing Al Quran sangat mengispirasikan peserta yang terdiri daripada Pengarah,Pengatah ATC & SPAN serta kumpulang pengurusan Al Baghdadi HQ.

retjandabaik7

Di antara tausiah yang disampaikan oleh beliau ialah mengenai kepentingan memperbaiki niat dalam melaksanakan pendidikan Al Quran, memiliki paradigma pemikiran yang betul, menambahkan pengusaan Bahasa Arab, memahami isi kandungan Al Quran dan sentiasa istiqamah dan sabar dalam meneruskan perjuangan mengajak masyarakat mempelajari Al Quran yang diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Al Quran bukan sahaja untuk dibaca tetapi perlu difahami dan diamalkan di dalam kehidupan.

Selama 2 hari berkampung di Cherangin Resourt Janda Baik Bentong Pahang, seramai 30 orang peserta yang terdiri dari Pengarah Al Baghdadi, Pengarah ATC & SPAN serta staf pengurusan Al Baghdadi HQ telah membuat perancangan rapi berkaitan pelaksanaan program Pendidikan Al Quran Sepanjang Hayat bagi tahun 2018 dalam Bengkel Perancangan Al Baghdadi 2018.

retjandabaik1

Memohon Petunjuk Dari Yang Maha Esa Agar Segala Perancangan Dapat Dilaksanakan

 

retjandabaik3

Merancang Bukan Sesuatu Yang Mudah

 

retjandabaik2

Minda Yang Cerdas Ada Pada Fizikal Yang Cergas

 

kenanganjandabaik

Kenangan Bersama Peserta Bengkel

 

 

 

Al Baghdadi ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Professor Datuk Razali Mahfar atas kunjungan ke ibu pejabat Kumpulan Al Baghdadi. Lawatan setengah hari ini sangat memberi inspirasi kepada pihak Al Baghdadi dengan perkongsian idea pandangan bagi memperkemaskan pergerakan pendidikan Al Quran  pada tahun 2018 nanti.

datokrazali

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.00 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

5200302
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
65
1598
14462
669258
44301
71513
5200302

Your IP: 23.22.240.119
2018-01-21 00:55

J2 Store Cart

No items in cart

Search