Lawatan Kerja Pengarah Yayasan Al Baghdadi Ke Kuching

Alhamdulillah seharian semalam bersama sahabat2 di Kuching Sarawak dalam Rangka Lawatan Kerja ke Kuching.

yayasanmac01

Bertemu Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Sukarno, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Sarawak dan Ustaz Madhi, Ketua Unit Saudara Kita (USK) dalam rangka membincangkan Usaha Memartabatkan Pendidikan Al Quran Saudara Baru. Terima kasih tidak terhingga atas kesudian menerima Kami.

 

yayasanmac02Menziarahi sahabat lama Kami Ustaz Abdul Latif Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengukuhan Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak Dalam mengambil semangat dan ketekunan insan ini Dalam menguruskan Pendidikan Islam di Sarawak.

 

yayasanmac03Terus ke Pusat Penerangan Islam Sarawak Dalam meninjau fasiliti Pengembangan Agama dan Penerangan Agama Islam di Sarawak serta mengutus surat tanda kehadiran Kami di sini.

Pasti tertanya siapakah gerangan wanita bersama saya dalam Gambar? Beliau adalah Ustazah Azwa Ahmad, Setiausaha Perhubungan Al Baghdadi Negeri Sarawak merangkap Pengarah Al Baghdadi Negeri Sabah yang telah memiliki lebih 8 Rangkaian Pusat Pembelajaran Al Baghdadi sendiri di Sabah.

 

yayasanmac04Terus menuju ke Pusat Pendidikan Al Quran Tun Abdul Rahman Ya'akub (PATARY) berhampiran Masjid Jamek (Masjid Negeri) Sarawak bagi membincangkan kemungkinan kerjasama dalam bidang Pendidikan Al Quran di Sarawak khasnya di Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'akub (MATARY) (Rujuk Gambar 4). Terima kasih buat Cikgu Pengiran M. Nizam Rahman atas undangan kepada kami.

Pada sebelah petang Kami dijemput pula oleh Ahli Unit Saudara Kita (USK) Asajaya dalam membincangkan kemungkinan pelaksanaan program besar- besaran di sini. Ada yang nak menyumbang sama? Hubungi Kami di talian 03.6187.0187 (Pn Adawiyah, Pengurus Yayasan Al Baghdadi)

Seterusnya sebelah Malam Kami dilayani oleh Puan Nor Reasia Hj Sebli, Ketua Audit Dalam UNIMAS dalam berkongsi pengalaman beliau berkenaan pengalaman Pendidikan Al Quran Anak Mereka. Terima kasih belanja kami makan malam yang sedap dan molek. Moga kita Ada ruang kerjasama.

yayasanmac05

Sambung Pagi tadi Kami ke Hikmah atau Harakah Islamiah di Petrajaya, Kuching dan bertamu Ustaz Abdul Rahman, Pengurus Dakwah, Hikmah dalam berkongsi rasa menjalankan Kerja-Kerja Dakwah di pedalaman. Juga melihat kemungkinan kerjasama bersama dalam program Pendidikan Al Quran Saudara Kita.

Moga setiap dari mereka beroleh keberkatan dan Rahmah Allah swt dalam menjalankan Kerja mereka. Moga Kami diberi Taufik dan Inayah oleh Allah swt untuk terus berbakti kepada Pendidikan Al Quran bersama Yayasan Al Baghdadi.

Hubungi Kami

Kami boleh dihubungi di alamat;

No 1-86 Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak ,
68100 Batu Caves, Selangor.
Email: albaghdadigroup2@gmail.com

Tel : +603 6187 0187
Fax :+603-6185 1106

Jadual Operasi

WAKTU PEJABAT

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.00 ptg

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis : 1 tengahari - 2 petang

Jumaat : 12.30 - 2.00 petang

Pengunjung

5122148
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
186
2348
13442
592614
37660
67731
5122148

Your IP: 54.91.171.137
2017-12-16 03:28