Seramai hampir 100 orang pengusaha telah berjaya mengikuti program Mentoring bersama Al Baghdadi EduQuran Sdn Bhd yang bertanggungjawab membimbing dan memantau aktiviti Pusat Pengajian Al Quran Al Baghdadi yang dahulu dikenali sebagai Al Baghdadi Learning Centre. Program ini berlangsung selama dua hari satu malam.